Wednesday, March 14, 2012

Dato' Raymond Ooi Chong Seong antara 171 Orang Terima Darjah Kebesaran Negeri Sembilan


KUALA PILAH, 21 Ogos (Bernama) -- Seramai 171 orang menerima darjah kebesaran kali kedua sempena Hari Keputeraan ke-86 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti dekat sini, hari ini.

Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia Brig Jen Anuar Sabtu mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut, dengan dianugerahkan Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima anugerah sama ialah Naib Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan, Chin Nyuk Chin, Pengarah Urusan Teamcoat Engineering Sdn Bhd, Md Nasir Ibrahim, Ketua Pengarah Material, Markas Tentera Laut, Laksamana Mohd Noh Lebai Mahat, Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Rembau Lee Kong Fee, Pengarah Urusan Global Soft (MSC) Bhd Low Kok Thai, ahli perniagaan Mohammad Caezar Musa, Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mohd Yusof Othman, Timbalan Presiden Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam Malaysia Prof Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, ahli Majlis Gurdwara Malaysia Saudagar Singh a/l Habira Singh dan Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Zaini Abdul Rahman.

Lima belas yang menerima Darjah Kebesaran Dato' Paduka Tuanku Jaafar (DPTJ) yang membawa gelaran Datuk ialah Pengarah Pelajaran Negeri Abdullah Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (IPTA) Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Mohd Yusof Kasim, Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan Fauziah Yaacob.

Presiden Persatuan Sikh Malaysia Mokkam Singh a/l Tara Singh, Pengarah Innologistic Sdn Bhd Lim Kim Lee, Timbalan Komander St John Ambulance Loh Kim Heong, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Mohid Mohamed, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia, Jabatan Perangkaan, Nafsiah Abu Bakar.

Ketua Pegawai Eksekutif Digicert Sdn Bhd Noor Azli Othman, Pengarah Eksekutif Konsortium Temokin-Vila Jelas JV Sdn Bhd, Nor Arfudi Abdul Razak, Pengarah Urusan dan Pemilik Teknik Juta Suria Sdn Bhd Ooi Chong Seong, Penolong Pengarah Bahagian, Ibu Pejabat Polis (Cawangan Khas) Bukit Aman SAC II Mohd Haniff Hanuddin, Pengarah Urusan PKT Logistics Tio Boon Yiaw, Pengarah Urusan Jasamaju Enterprise Jaapar Jantan dan Ketua Eksekutif Felcra Bhd Mohd Nasir Baba.

Seramai 10 orang menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), 15 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 35 orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) dan 50 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Seramai lima orang dilantik Jaksa Pendamai (JP) manakala 30 orang menerima anugerah Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS).

Sumber BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=354220&cat=tn

No comments:

Post a Comment